Bertih Jagung
CIK SITI WAN KEMBANG

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin.



Apabila mendengar nama Cik Siti Wan Kembang, pasti orang akan mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah,nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan daripada keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang,yang diberikan ayahandanya iaitu Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran”Siti” diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan ”Siti”.
Ketika menghadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan ”Siti” dan panggilan itu didengar bebrapa orang yang berada di balai menghadap.
Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti ”Siti” sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai. Ada juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti. Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid terbitan Pustaka Al-Ahliah(1962), ”Siti” bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Hussin. Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.
Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudian ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal sehingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nam Cik Siti Wan Kembang terkenal.
Walaupun seoarang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasannya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Oleh kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan sahaja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu,baliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya mula mendiami Gunung Ayam(berhampiran Sungai Nenggiri kini Hulu Kelantan), membawa pelbagi persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Oleh kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambing kijang pada wang emas negeri selain mengabadikan pada sebahagian lamban kebesaran Kelantan yang kekal sehingga kini.

Di sebalik kecantikkannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun raja dan anak raja yang datang meminangnya. Ramai yang ditolak oleh beliau dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama-kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup bersendirian. Apabila melihat Puteri Saadong,(Puteri Raja Loyor) ketika menghadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.
Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang. Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sabagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikkan Puteri Saadong itu sampai kepada kepada pengatahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminang tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.
Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Rja Abdullah(sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.
.
Selepas perlantikkan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunung Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi. Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

Walaupun Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam jauh di Hulu Kelantan, ada sebuah makam di perkuburan Bnggol dekat Jalan Panati Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu. Makam berkenaan dikatakan cantik dibina menggunakan batu pejal serta berukir, disebut orang di situ sebagai makam Cik Siti. Namun sekarang makan itu tidak terurus bagaikan tidak ada penjaga.
Seorang penduduk di situ, ketika mereka mencari rotan di hutan, mereka terhidu bau wangi dan menemui makam diatasnyatertulis nama Cik Siti Wan Kembang. Lalu dibersihkan kawasan itu namun dinafikan itu makam Cik Siti Wan Kembang oleh pihak Prebadanan Muzium Kelantan.
0 Responses

Catat Ulasan