Bertih Jagung
Kasih Tercipta Rindu

Pertemuan kali pertama
Hanya sekadar bertentang mata
Tanpa kata kelu membisu
Terasa dengupan jantung tidak keruan

Pabila kau mulakan bicara
Hati kecil gembira girang
Bagaikan dunia dimiliki
Hanya dua insan bersama

Sesuatu tiada dijangka
Melakarkan suasana terbayang
Perasaan kini pelbagai rasa
Pabila bersua kata

Tiada terkata untuk memulakan
Hati kecil terlalu girang
Hanya mulut membisu
Telinga mendengar
Semua persoalan bermain di minda

Hari bersilih ganti
Ikatan semakin erat di genggam
Kasihnya tercipta satu rindu
Tidakkan terpisah hanya takdir penentu
0 Responses

Catat Ulasan