Bertih Jagung
10 Tip untuk segarkan tubuh lesu

Bagi yang lesu mungkin tip ringkas ini dapat membantu korang kembali segar sekaligus menghilangkan segala tekanan yang dirasai sepanjang tugas di pejabat atau di mana jua situasi.

1= Jika korang rasa letih, letih, mengantuk, tarik nafas sedalam mungkn dan hembuskan perlahan-lahan. Biarkan oatak anda menerima bekalan oksigen maksima agar tubuh korang kembali segar.

2= Buat sedikit latihan oto seperti tejnik menenangkan oto-otot dengan memicit perlahan bahagian tubuh dan mengosok oto-oto wajah.

3= Lakukan senaman ringkas seperti
• Regangkan kedua belah tangan sekuat mungkin.
• Regangkan tangan ke atas setinggi mungkin.
• Lakukan regangan ke sebelah kiri dan kanan tubuh.
• Tangan kiri menarik siku kanan sedaya boleh
• Ubah tangan kanan menarik,siku kiri.
• Tangan kanan menarik siku kiri yang di letakkan pada bahagian dada.

4= Ambil masa berjalan untuk mengcergaskan tubuh korang dan menghilangkan rasa mengantuk, letih dan tertekan.

5= Jika korang rasa tertekan dengan bebanan tugas yang bertimbun, cuba latih minda korang agar bersedia menerima saat itu dengan tenang sambil berusaha menyempurnakan segala tugasan mengikut kemampuan sendiri.

6= Ajak teman berbuak. Cari topik perbualan yang menyeronokkan dan meninggalkan kesan tenang dan gembira pada diri anda.

7= Dngarkan lagu-lagu yang menenangkan dan mendamaikan jiwa saat rasa letih, mengantuk, dan tertekan.

8= Lakukan meditasi dalam beberapa minit untuk mengembalikan ketenangan.

9= Keluar sebentar untuk menikmati pandangan alam semulajadi yang menghijau dan menyegarkan. Jika ada binatang comel di persekitaran tempat kerja korang spt ikan or kucing, cuba bermanja sejenak untuk merehatkan fikiran dan menghilangkan tekanan.

10= Ambil sedikit masa selepas bersolat untuk membaca surah-surah penting seperti yassin dan sebagainya.

0 Responses

Catat Ulasan