Bertih Jagung
DOA DAN ZIKIR HARIAN RASULULLAH S.A.W


::= Apabila melihat perkara yang disukai, maka baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ”Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat, anugerah pemberianNYA, dapatlah ipergunakan bagi menyempurnakan amal-amal soleh,” (Al Du’a, hal 113)


::= Apabila melihat perkara yang dibenci, baginda mengucapkan doa yang bermaku, ”Segala puji bagi Allah dalam segala hal,”(Al Du’a,hal 113)


::= Apabila menghadapi sesuatu yang dirasai akan mendatangkan kemalangan, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ” Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tidak ada yang menghilangkan kejahatan selain daripada Engkau. Tidak ada daya upaya dan tenaga melainkan dengan izin Allah,”


::= Apabila menghadapi kesukaran menyelesaikan sesuatu urusan, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Ya Allah, tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah. Engkaulah yang dapat mengjadikan tanah yang datar apabila Engkau kehendaki,”


::= Apabila baginda hendak tidur, maka baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Ya Allah SWT, dengan namMU aku baringkan badanku dan dengan namaMU aku angkatkan kembali. Jika Engkau menahan jiwaku, rahmatilah akan dia. Dan jika Engkau kembalikannya kepadaku, peliharalah akn dia dengan apa yang Engkau pelihara hamba-hambaMU yang soleh.


::= Apabila baginda bangun dari tidur, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ”Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali sesudah dimatikanNYA dan kepadaNYA lah kami akan kembali,”


::= Apabila baginda terjaga dari tidur di waktu malam, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ” Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Pengampun.”


::= Apabila baginda hendak memakai pakaian yang baru, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Segala bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku untuk menutup auratku, dan aku berhias diri dengannya dalam hidupku.”


::= Apabila baginda hendak keluar dari rumahnya, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah sahaja. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada menyesatkan ataupun di sesatkan daripada menghina ataupun dihinakan daripada menganiayai ataupun dianiayai dan daripada memperbodohkan orang ataupun dip[erbodohkan,”(Al Du’a, hal 68)


::= Apabila angin bertiup, baginda mengucapkan doa yang baermaksud,” Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikannya, kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang Engkau kirimkan melaluinya dan aku berlindung kepada Engkau daripada keburukknya, keburukkannya yang ada padanya dan keburukkannya yang Engkau kirim melaluinya.”(Al Du’a, hal 112)


::= Apabila baginda memandang ke langit, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Wahai Tuhan kami, tidaklah Eangkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, amak peliharalah kami daripada azab Neraka.”


::= Apabila baginda melalui keadaan cemas dan saat-saat genting, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Sabar. Tiada Tuhan melainkan Allah memiliki’arsy yang agung. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang memelihara segala langit dan bumi yang mempunyai ’arsy yang sangat mulia.”
0 Responses

Catat Ulasan