Bertih Jagung






Teman mungkin aku tak seperti teman mu yang lain tapi aku harap diriku tidak disisihkan olehmu. buat kawan aku di chat tu terutama c karen letrik dan dolly doll huahuuahuahauah aku harap korang tak lupakn aku nih. yela aku pemes sgt katakn..................
Aku sonok knl korang. pape pun gud luck whatever you ol do k. walau aku tak dapat korang dengan lebih rapat tp aku harap ukhuwah ini akan terjalin sampai bila2. segala gurau senda aku jadikan kenangan. segala gurauan aku sama ada terlebih atau terlebih-lebih aku mintak m.mf byk2 k. Akhir kata sambutlah salamku ini sebagai sahabat kalian sampai bila2 k...............................wassalammmmm
Bertih Jagung




bambam hehe



comel lote ni adikku yang dilahirkan pada 10 mei 2009. si kecik ni lahir pukul 4.40pagi. Sejibik time aku dilahirkan. berat dia 2.7kg je masa lahir. Umi aku lahir secara bedah coz ada masalah yang boleh membahayakan baby ni. pape pun alhamdulilah semua selamat. Welkem ke dunia baru adikku......................... sayang kamu selamanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Bertih Jagung
Michael Jackson - You Are Not Alone

Another day has gone
I'm still all alone
How could this be
You're not here with me
You never said goodbye
Someone tell me why
Did you have to go
And leave my world so cold

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay

You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
You are not alone

All alone
Why, oh

Just the other night
I thought I heard you cry
Asking me to come
And hold you in my arms
I can hear your prayers
Your burdens I will bear
But first I need your hand
So forever can begin

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Then something whispers in my ear and says
That you are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart
And you are not alone

Whisper three words and I'll come runnin'
And girl you know that I'll be there
I'll be there

You are not alone
I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
You are not alone
I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

You are not alone
For I am here with you
Though you're far away
I am here to stay
For you are not alone
For I am here with you
Though we're far apart
You're always in my heart

For you are not alone
Bertih Jagung
SEADANYA AKU by NUBHAN

Tak dapatku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang

Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia

Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu

Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia
Bertih Jagung
Aku ucapkan thanks a lot pada member yg wish besday aku 14 april ritu. wl dh n aku ucp tq lmbat tp bg aku bermakna sekali wokay............. aku sayang korang sumerrrrrrrrrrrrrrr
Bertih Jagung
buat kawan aku lau dia rasa kawan akula ek.... aku gembira knl ko beb.walau ko tak pemes macam aku huahuahua tp ko kawan aku dunia akhirat beb. wl aku knl ko kt chat je tp ko mcm sherasi bersama aku...huahua..pasni ko jgn lupa aku beb. wlu ko no muda lg tp aku lg2 muda dr ko(pasan jap je)ko matang dalam berkawan. aku harap ko berjaya dalam apa jua ko lakukan. semoga ko drahmati Allah beb.alamk kantoi aku dh mula rs mcm nk meleleh air mta sehh..aku akn kenang saat mula2 aku knl ko. mula2 aku knl ko kt chat aku ingat ko sombong beb.siyes aku ckp ni beb.Lama2 aku nk try jgk nk tgur ko kt chat tu. bl ko tgur aku,aku rs tanggapan aku slh beb. tu yg org kata tak knl maka tak th org tu mcm mn. sepnjg aku knl ko,aku rs ko peramah k (diulang PERAMAH)huahua... bkak mta terang2 k.

setiap kli aku tension aku sembang dgn ko wl tak bertentangn mata..(ceh ayat aku) aku mgku ada rs lega ckit beb. mcm ko ni pghibur aku jgla. aku bkn suka2 puji tp ni aku bgth ikhlas dr ht aku sbg kwn ko.nti bl ko dh tak keje kt tmpt tu,msti aku sunyi nk borak. ko pun akn smbung bljr.lgilah aku xdpt smbg dgn ko. aku hrp ko tak lupa kau beb.

perkara yang aku paling takut dalam persahabatan adalah bila seorg sahabt melupakn aku.aku sedar tak setiap ms akn bersama tp sape th kan lau2 msg2 sbuk tahap gaban,adlah jg jrg bersmbng.tp aku akn ingt ko smpai bl2 beb. wl aku hnya kawan dlm chat tp aku hrp aku dpt kwn dgn ko smp bila2.

oklah sudh selesai aku membebel pasal kawn ku ni maka aku nk post perkara ln palk.....huahuahuahua.... Karen tnb aku sayang ko sampai bila2 beb..........
Bertih Jagung

Esok genaplah aku berumur 21 tahun.......... aku tak harap pape tapi aku berharap perkarani je...aku harap dipjgkn umur aku,sihat sentiasa,murah rezeki n dapat ketengan dunia akhirat. harap aku dirahmati Allah selalu insyaAllah.Amin..................peace no world!!!!!!!!!!!!!!!!!!! wah macho woooo pic tu........eheheheheh
Bertih Jagung
aku tak de bt pe today. aku ade bt post tp tak dpt bukak palk. xpe nti aku bukak bl update nti. wokeyy have fun today!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Bertih Jagung
hari ni aku xde mende nk bt...aku dtg cc coz nk kongkang blog sorang tu yang payah sgt nk bg kat aku....tp aku dh berjaya.............yessssssssssssssssssssssssss pape pun hepi in your life my frennnnn
Bertih Jagung
tension memang xleh lari dari manusia kan..novel aku yang aku karang dah terdelete oleh adik aku.aku nk start balikmemang xleh dah coz idea aku dah lari...semua folder aku dh hilang dlm kmputer kt umah.aku tensionnnnnnnnnnnnnn...
Bertih Jagung
Mintak-mintak kak cem bg nombor fon dia sebelum bln 4 ni. aku takut tak sempat nak mintak no dia..Aku ada komitmen lain nanti...ermmmm sedih seh bil dia nk berhenti keje..apa pun yg pasti dia tak lupa kat aku.......
Bertih Jagung
Masuk hari ini dah sembilan hrr ummi aku masuk wad..dia tengah mengandung sekarang.. senornya umi aku nak g ambik jer tentang masalah kahak kat tekak tu. doktor cakap kena tahan wad kot-kot ada masalah kat paru-paru...bl jmp pakar 3 hr pas xde pun mslh tu. tp disebabkan umi ad pykt kencing manis,darah tinggi so kenala tahan lm sikit..mintak-mintak xde pape nti..harap bakal adik aku pun ok..dh lm nk adik ni. dah 18thn tggu, yg bongsu pun dh bsr...semoga umi n bakal adik sihat walafiat....amin..
Bertih Jagung
Susu Ibu - Jaguh

Lahirnya diriku
Kasih sayang ibu dan daku menjadi erat
Dengan tertitisnya air mata azimat
Yang mengalir putih
Diibaratkan air yang suci
Itulah air susu ibuku..

Dikala malam yang tua
Tangisanku yang kelaparan menyusuri
Insan mulia itu bangkit
Mengagahi diri
Tanpa kedengaran secebis keluhan

Walau sesibuk mana ibu
Walau sesusah mana ibu
Tangisan laparku tidak dibiarkan
Perutku masih terisi
Dengan titisan air susu
Yang persis mutiara itu..

Mulianya ibuku
Menyusui aku walau dirinya lemah
Hanya kerna mempertahankan
Aku dari hinggapan penyakit

Susu ibuku
Yang mebesarkan diri ini
Susu ibu jualah
Membenarkan diriku mencelik
Menikmati keindahan
Dunia Yang Maha Esa ini
Kerna susu ibu itulah
Jaguhku……..
Bertih Jagung
Kasih Tercipta Rindu

Pertemuan kali pertama
Hanya sekadar bertentang mata
Tanpa kata kelu membisu
Terasa dengupan jantung tidak keruan

Pabila kau mulakan bicara
Hati kecil gembira girang
Bagaikan dunia dimiliki
Hanya dua insan bersama

Sesuatu tiada dijangka
Melakarkan suasana terbayang
Perasaan kini pelbagai rasa
Pabila bersua kata

Tiada terkata untuk memulakan
Hati kecil terlalu girang
Hanya mulut membisu
Telinga mendengar
Semua persoalan bermain di minda

Hari bersilih ganti
Ikatan semakin erat di genggam
Kasihnya tercipta satu rindu
Tidakkan terpisah hanya takdir penentu
Bertih Jagung
Keindahan yang pudar


Tatkala senja kian melabuh tirai
Termenung sendirian
Menikmati keindahan senja
Pepohon meliuk lentuk ditiup bayu
Masih gah di situ

Baru kini tersedar
Indahnya ciptaan TUHAN
Mengapa tidak tersedar dari dahulu
Akan dihayati sepuas-puasnya

Burung berkicauan pulang ke sarang
Matahari kian terbenam
Siang berganti malam
Gelap gelita bersinar cahaya rembulan
Suasana sayu hiba dirasa

Tiada siapa tahu kecuali Yang Satu
Pabila keindahan terbenam
Keamanan dan kedamaian diratap
Bersyukur nikmat TUHAN
Penyesalan tiada pengakhiran
Bertih Jagung
Bila ku merasa

Bila ku merasa
Kau tiada di sisi
Rasa yang dirasai tiada makna

Bila ku merasa
tTiada siapa akan pedulikan
Menoleh muka tiada simpati
Duka ditanggung tiada tertanggung

Bila ku merasa
Hati kecil mengecut pedih
Mengenangkan ingatan tiada guna
Berwajah mulus kini dilandungi

Bila ku merasa
Segal kecindaanmu terbang
Bersama angina bayu bergerak lembut
Manira mengirim diri demikin kemahuan
Bertih Jagung
DOA DAN ZIKIR BAGI KESEJAHTERAAN HIDUP


Doa ketika kesusahan

= “ Wahai Tuhanku yang kekal hidup, yang berdiri sendiri mengurus hamba-hambaNYA, aku memohon pertolonganMU dengan rahmatMU, maka perbaikilah keadaanku dan janganlah Engkau serahkan diriku kepadaku sendiri walaupun sekadar tempoh kerdipan mata,”(Al Du’a, hal 52)


Doa bagi menghadapi musuh @ perkara-perkara yang ditakuti

= ” Ya Allah, sesungguhnya kami serahkan kepadaMU bagi menghadapi mereka dan kami berlindung denganMU daripada kejahatan itu.”


Doa bagi orang yang berhutang supaya segera terbayar hutangnya.

= ” Ya Allah, berilah akukecukupan dengan harta yang halal, terjauh daripada harta yang haram. Berilah aku kekayaan dengan barakah kurniaMU sendiri, bukannya kurnian selainMU.”( Al Du’a, hal 90)

Doa bagi oarng yang luka.

= ” Dengan nama Allah, tanak kita dicampurkan dengan air ludah kita, akn sembuhlah sakit kita, dengan izin Tuhan kita.”


Doa ketika menziarahi kubur.

= ” Sejahtera ke atas kamu semua wahai penghuni kubur, bagi segenap kaum Mukminin dan Muslimn dan kami Insya Alllah akan mengikuti kamu. Kami memohon pada Allah supaya kami dan kamu sekalian mendapat keselamatan.”

Doa bagi menjauhkan diri daripada marabahaya.

= ” Ya Allah, aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna daripada bahaya segala sesuatu yang dijadikanNYA.”


Doa di waktu mengalami kegelisahan dan kesedihan.

= ” Ya Allah, sesungguhnya aku ini hambaMu dan anak hambaMu, anak orang suruhanMu, di dalam genggamanMu, dahiku dalam kekuasaanMu,berlaku padaku hukumanMu, adil terhadapku ketetapanMu. Aku memohon kepadaMu dengan segala namaMu yang Engkau namai dengannaya diriMu, ataupun Engkau menurunkannya dalam kitabMu ataupun Engkau ajarkn kepada seseorang daripada maklukMu, ataupun Engkau menjadikan al-Quran yang agung sinar yang gemilang dalam dadaku, dan tempat melepaskan lara jiwaku dan yang menghilangkan kegundahanku,kesedihanku dan kegelisahanku.”
Doa di waktu mengalami sehingga tidak dapat tidur malam/

= ” Ya Allah, telah terbenam bintang telah tidur segala mata. Eangkau Tuhan Yang Hidup dan yang menguruskan segala urusan dengan sendiri. Engkau tidak dipengaruhi oleh rasa mengantuk dan ridur, tenangkanlah malamku dan tidurkanlah mataku.”


Doa bagi memohon kebaikan dan kesejahteraan hidup dunia dan akhirat.

= ” Wahai Tuhan kami, berikanlah kebaikan kepada kami di dunia dan akhirat, dan peliharalah kami daripada seksaan api neraka.”


Zikir bagi orang yang kerap tidak sedap hati.

= ” Maha Suci Allah, Tuhan yang Maha Sci, Tuhan yang menguasai malaikat-malaikat dan Roh Jibril, Engkau menguasai langit dan bumi dengan kebesaran dan kekuasaan.”


Doa bagi memperoleh kelapangan rezeki dan mudah dalam penghidupan

= Bacalah surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam, tidaklah akan mengenainya kemiskinan.
Bertih Jagung
DOA DAN ZIKIR HARIAN RASULULLAH S.A.W


::= Apabila melihat perkara yang disukai, maka baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ”Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat, anugerah pemberianNYA, dapatlah ipergunakan bagi menyempurnakan amal-amal soleh,” (Al Du’a, hal 113)


::= Apabila melihat perkara yang dibenci, baginda mengucapkan doa yang bermaku, ”Segala puji bagi Allah dalam segala hal,”(Al Du’a,hal 113)


::= Apabila menghadapi sesuatu yang dirasai akan mendatangkan kemalangan, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ” Ya Allah, tidak ada yang mendatangkan kebaikan melainkan Engkau, dan tidak ada yang menghilangkan kejahatan selain daripada Engkau. Tidak ada daya upaya dan tenaga melainkan dengan izin Allah,”


::= Apabila menghadapi kesukaran menyelesaikan sesuatu urusan, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Ya Allah, tidak ada yang mudah melainkan apa yang Engkau jadikannya mudah. Engkaulah yang dapat mengjadikan tanah yang datar apabila Engkau kehendaki,”


::= Apabila baginda hendak tidur, maka baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Ya Allah SWT, dengan namMU aku baringkan badanku dan dengan namaMU aku angkatkan kembali. Jika Engkau menahan jiwaku, rahmatilah akan dia. Dan jika Engkau kembalikannya kepadaku, peliharalah akn dia dengan apa yang Engkau pelihara hamba-hambaMU yang soleh.


::= Apabila baginda bangun dari tidur, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ”Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami kembali sesudah dimatikanNYA dan kepadaNYA lah kami akan kembali,”


::= Apabila baginda terjaga dari tidur di waktu malam, baginda mengucapkan doa yang bermaksud, ” Tiada Tuhan selain Allah yang Maha Esa dan Maha Berkuasa. Tuhan yang menguasai langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Tuhan yang Maha Mulia dan Maha Pengampun.”


::= Apabila baginda hendak memakai pakaian yang baru, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Segala bagi Allah yang memberi pakaian ini kepadaku untuk menutup auratku, dan aku berhias diri dengannya dalam hidupku.”


::= Apabila baginda hendak keluar dari rumahnya, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Dengan nama Allah, aku berserah diri kepada Allah sahaja. Ya Allah, aku berlindung kepada Engkau daripada menyesatkan ataupun di sesatkan daripada menghina ataupun dihinakan daripada menganiayai ataupun dianiayai dan daripada memperbodohkan orang ataupun dip[erbodohkan,”(Al Du’a, hal 68)


::= Apabila angin bertiup, baginda mengucapkan doa yang baermaksud,” Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikannya, kebaikan yang ada padanya dan kebaikan yang Engkau kirimkan melaluinya dan aku berlindung kepada Engkau daripada keburukknya, keburukkannya yang ada padanya dan keburukkannya yang Engkau kirim melaluinya.”(Al Du’a, hal 112)


::= Apabila baginda memandang ke langit, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Wahai Tuhan kami, tidaklah Eangkau menjadikan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, amak peliharalah kami daripada azab Neraka.”


::= Apabila baginda melalui keadaan cemas dan saat-saat genting, baginda mengucapkan doa yang bermaksud,” Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang Maha Besar lagi Maha Sabar. Tiada Tuhan melainkan Allah memiliki’arsy yang agung. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah yang memelihara segala langit dan bumi yang mempunyai ’arsy yang sangat mulia.”
Bertih Jagung
KESAKITAN yang menyebabkan DEMAM

Demam berlaku apabila suhu badan lebih tinggi daripada suhu normal. Ia merupakan simptom-simptom yang disebabkan oleh pelbagai penyakit. Setiap orang akan mengalami getaran rasa sejuk dan keletihan disebabkan demam. Demam selalunya berlaku akibat tindak balas terhadap jangkitan atau keradangan.


PENYEBAB DEMAM BAGI ORANG DEWASA

::} Demam Virus

Kesakitan yg disebabkan oleh virus adalah antara penyebab kekerapan demam terhadap orang dewasa. Simptom-simptom termasuklah hidung beair,sakit tekak,batuk dan sakit otot. Virus jg blh myebabkan diarea, muntah atau sakit perut.
Kebanyakkan masa kesakitan akibat virus ini akan baik seiring dgn masa. Antibiotik tidaj akan merawat virus. Simptom-simptom blh dirawat menggunakan decongestant dan ubat batuk yg dibeli di farmasi. Jika diarea atau muntah berlaku, maka pesakit itu perlu meminum cecair utk menggantikan elektrolik yg tlh hilang. Penyakit akibat virus ibi blh berlaku sengga 1-2 minggu.
Simptom-simptom virus influenza termasuklah sakit kepala, sakit otot dan sendi dan jg simptom-simptom lain termasuklah demam. Keadaan ini sering berlaku pd mereka yg tlh berusia. Bg mereka berumur 50 thun dan jg pd mereka yg berisiko tinggi terdedah pd virus, digalakkan mengambil vaksin influenza.


::} Demam Bakteria

Kesakitan akibat bakteria menyebabkan demam yg blh mberi kesan pd setiap hampir sebaranf sistem organ pd tubuh. Ia blh dirawat dgn antibiotik. Jangkitan sistem saraf pusat( sarat tunjang dan otak) blh myebabkan demam, sakit kepala, rasa kejang pd leher atau kekeliruan. Pesakit berasa lemah dan cpt marah, cahaya mungkn menggangu mata. Keadaan ini blh mewakili meningitis atau jangkitan otak. Jangkitan-jangkitan sistem pernafasan bhgn rendah trmasuklah pneumonia dan bronkitis. Simptom-simptom termasuklah batuk, kesukaran bernafas, pengeluaran hingus yg tebal dan kadangkala sakit dada. Demam yg mnyebabkan peluh pd waktu malam dan darah dalam hingus kadangkala blh menunjukkan masalah batuk kering.
Jangkitan-jangkitan sistem pernafasan bhagian tinggi berlaku pd tekak, telinga, hidung dan sinus. Hidung berair, sakit kepala atau sakit tekak yg disertai dgn demam menunjukkan bakteria.

Jangkitan pd sistem genitourinari mgkin myebabkan seseorang mengalami rasa tebakar apabila kencing, darah dalam air kencing dan keinginan utk kencing kerap, sakit belakang. Ini menunjukkan jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang atau saluran urinari. Antibiotik blh digunakan untuk merawat jangkitan ini.



::} Jangkitan Fungal
Jangkitan fungal blh memberi kesan pada sebarang sisrem organ. Ubat anti fugal blh digunakan untuk merawat jangkitan.


::} Penyebab-penyebab demam yg lain ialah
= Terdedah pada haiwan
= Melancong atau ke luar negara
= Pengambilan ubat
= Darah beku
= Tumor
= Berkaitan persekitaran atau environmental
Bertih Jagung
CANTIK DAN SIHAT KETIKA BERCUTI

=KULIT WAJAH LEBIH BERSINAR
Jika mahu mengadakan aktiviti di kolam renang mahupun di tepi pantai, harus berhati-hati kerana air di kolam renang boleh mengakibatkan rambut serta kulit menjadi kering, dehidrasi serta menjadi kusam. Sebaliknya gunakan krim perlindungan sinaran matahari sebelum anda membuat sebarang aktiviti luar.
Dalam masa yang sama, berhati-hati ketika menyapu krim kerana jika krim yang tidak bersesuaian menyebabkan kulit menggelupas. Oleh itu, selepas mandi air kolam or air laut, sebaiknya bilas tubuh dengan air bersih dan keringkandengan menggunakan tuala yang lembut. Kemudian sapukan gel wajah yang mengandungi aloe vera serta pelembap wajah yang mengandungi kadar airr yang byk.


=KAKI SIHAT ITU SEKSI
Udara yang panas boleh mengakibatkan kulit kaki menjadi bersisik dan kering. Untuk mengembalikan kelembapan kulit kaki,ambil masker yg digunakn pada wjh dan disapukan pd kaki stiap mlm stlah selesai mengadakan aktvti. Biarkan semalaman dan keesokkan hari kulit kaki lebih mulus dan segar.


=RAMBUT SIHAT DAN BERSINAR
Jika sering mbuat aktiviti di bwh sinaran matahari, hindari dari mewarnakan rambut. Minimumkan penggunaan pengering rambut sebaliknya gunakan tuala untuk mengering rambut. Bg yg gemar mencuci rambut, gunakan syampu yg ringan dan kaya dengan pelembap yg mbolehkan anda menggunakannya stiap hari. Jika rambut diwarnai, gunakan syampu khusus. Agar rambut lurus dan rapi biarpun di tiup angin, sapukan pelembap pd tangan dan sapukan pd rambut atau semburkan sedikit penyembur rambut pada sikat sblm sikat.


=PILIH KRIM PERLINDUNGAN SINARAN MATAHARI
Jika memiliki kulit yang berminyak atau liang roma besar sebaliknya pilih krim yg berbentuk cecair atau gunakan jns semburan kerana ia lbh ringan dan tidak menimbulkan mslh pd kulit. Krim pelindung yg berbentuk stick tahan lbh lm krn ia lbh tahan terhadap air dan peluh. Pastikan menyapu lip balm dgn spf15 bg melindungi bubir dr kekeringan.
Setelah berjemur, kulit yg terbakar akn terasa sdky perih krn melepuh. Bg mengatasinya, sapu aloe vera ataupun blh berendam dlm air sejuk serta mengandungi buah lidah buaya selama 10 minit ataupun berendam di dalam air hangat yg di letakkan 2 uncang teh lalu dibiar ia sejuk.
Boleh juga menyapu antioksidayg mengandungi green tea dan mhite tea, vitamin E, shea butter atau minyak lavendar. Hasilnya kulit yg keerahan td kembali noemal. Byykan minum air putih kerana byk kehilangan air apabila kerap berjemur. Untuk mengatasi kulit yg melepuh, sembur atau rendamkan bhgn kulit dgn cuka serta ais. Blh juga mencuba teknik ln spt menyapu yogourt yg tawar pd kulit dan dibiar selama 10minit dna bilas dgn air sjuk. Jika tiada yogourt tawar, guna yogourt rendah lemak.susu rendah lemak or susu biasa.


=WAJAH SEKSI DAN MENARIK
Ketika berada di kawasan yang panas, menyapu alas bedak membuatkan wajah kelihatan ‘comot’. Sebaliknya gantikan alas bedak dgn tinted moisturiser dgn spf 15 yg ringan. Ia mampu menutupi noda-noda secara semulajadi dan melekat dgn baik biarpun berada di bwah sinaran matahari.
Bg yg memiliki kulit berminyak, korang sapukan krim anti kilat sebelum bersolek utk mbuat kesam matte. Gunakan alas bedak yg bebas miyak. Utuk zon T gunakn kertas minyak bg mgurangkan kesan klat.
Untuk membuat bibir lebih seksi secara semula jadi, sapukan lip balm berbentuk ceair lalu tambahkan sedikit lip glos. Bg yg ingin mengenakan maskara, pilih jenis yg tahan air agr tidak mudah luntur ketika berpeluh. Hindari memakai pewarna kuku krn mnyebabkan kuku berubah warna mjd kekuningan krn byk terkena matahari. Sebaliknya bg mmbuat pewarna kuku lbg tahan lm. Rendam kuku pd mangkuk air berisi air batu dan bg mghilangkan kekotoran yg melekat pd kuku, gunakn body scrub.


=TUBUH SEGAR DAN HARUM
Kulit lbh sensitif terutama ketika berenang di pantai apatah lg jk korang malakukan waxig sblm bercuti. Sapukan gelyg mengandungi aloe vera untk merawat serta pastikan korang tidak berada di bwh sinaran matahari terlalu lm. Untuk mbuat parfum korang tahan lm, semburkan pelembap jns semberun pd telapak tangan, kemudian di tmpt yg sm sapukan beberapa bhgn tubuh yg korang inginkn diiringi dgn urutan ringan.
Bertih Jagung
10 Tip untuk segarkan tubuh lesu

Bagi yang lesu mungkin tip ringkas ini dapat membantu korang kembali segar sekaligus menghilangkan segala tekanan yang dirasai sepanjang tugas di pejabat atau di mana jua situasi.

1= Jika korang rasa letih, letih, mengantuk, tarik nafas sedalam mungkn dan hembuskan perlahan-lahan. Biarkan oatak anda menerima bekalan oksigen maksima agar tubuh korang kembali segar.

2= Buat sedikit latihan oto seperti tejnik menenangkan oto-otot dengan memicit perlahan bahagian tubuh dan mengosok oto-oto wajah.

3= Lakukan senaman ringkas seperti
• Regangkan kedua belah tangan sekuat mungkin.
• Regangkan tangan ke atas setinggi mungkin.
• Lakukan regangan ke sebelah kiri dan kanan tubuh.
• Tangan kiri menarik siku kanan sedaya boleh
• Ubah tangan kanan menarik,siku kiri.
• Tangan kanan menarik siku kiri yang di letakkan pada bahagian dada.

4= Ambil masa berjalan untuk mengcergaskan tubuh korang dan menghilangkan rasa mengantuk, letih dan tertekan.

5= Jika korang rasa tertekan dengan bebanan tugas yang bertimbun, cuba latih minda korang agar bersedia menerima saat itu dengan tenang sambil berusaha menyempurnakan segala tugasan mengikut kemampuan sendiri.

6= Ajak teman berbuak. Cari topik perbualan yang menyeronokkan dan meninggalkan kesan tenang dan gembira pada diri anda.

7= Dngarkan lagu-lagu yang menenangkan dan mendamaikan jiwa saat rasa letih, mengantuk, dan tertekan.

8= Lakukan meditasi dalam beberapa minit untuk mengembalikan ketenangan.

9= Keluar sebentar untuk menikmati pandangan alam semulajadi yang menghijau dan menyegarkan. Jika ada binatang comel di persekitaran tempat kerja korang spt ikan or kucing, cuba bermanja sejenak untuk merehatkan fikiran dan menghilangkan tekanan.

10= Ambil sedikit masa selepas bersolat untuk membaca surah-surah penting seperti yassin dan sebagainya.

Bertih Jagung
FAT FLUSH DieT
(Cepatkan Pembakaran Lemak)


KONSEP::
Kaedah FFD ini hasil ciptaan Anne Louise Gittleman, PhD, seorang seorang ahli gizi. Anne Gitleman dikatakan mengamalkan diet rendah karbihidrat sekali gus detoksifikasi. Kaedah ini bertujuan untuk meningkatkan metabolisme pengamal diet tersebutdan sekali gus mempercepaykan pembakaran lemak. Kaedah detoksifikasi yg diamalkan ini mbt kaedah ni mampu menampung tugas hati dan membantu mghilangkan selilit yg sering mghantui golongan wanita.

KAEDAH::
FFD ini menganjurkan agr pengamalnya mengambil makanan lemak( spt flax seed oil dan flax seeds), protein yg seimbang( telur,daging,kan dan kedelai), karbohidrat sihat yg kadar rendah glikeminya, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Makanan berasakan herba dan rempah spt kayu manis dan halia jg termasuk di dalam senarai makanan yg dianjurkan di dlm diet ini krn mknn ini mbntu mmpercepatkan proses pembakaran kalori. Selain tu, Anne Gitleman menyarankan pengamal diet ini mengambil cleansing tonics, iaitu mgambil jus buah-buahan tanpa campuran pemanis. Terdapat 3 fasa iaitu;

Fasa Pertama = Fasa pertama berlangsung selama dua minggu dgn pembatasan pengambilan kalori sejumlah 1100-1200 per hari. Produk atau bhn makan yg perlu berasaskan susu dan gandum perlu dielakkan. Di dalam fasa ini, penurunan badan ketara akan berlaku. Lemak terutama di bhgn punggung dan paha terbakar.

Fasa Kedua = Fasa kedua ini, pengambilan kalori dinaikkan drpd 1200-1500. pengamal perlu mengekalkan pengambilan kalori pd jumlah ini shgg brt badan ideal mereka tercapai.

Fasa Ketiga = Fasa ini, pengamal blh mengambil makanan yg berkalori lbh drpd 1500 kalori stiap hari. Jenis makanan ini blh diambil jg semakin bertambah termasuk makanan yg berasaskan susu dan karbohidrat. Walaupun demikian, kadar pengambilan perlu diatur iaitu 40% karbohidrat, 30% protein, 30% lemak. Sbg tmbahan, pemgamal harus minum minuman yg bersifat deuretik bbrapa kali sehari dan sulemen GLA(gamma-linoic) stiap hari untuk membntu bakar lemak dgn cpt.
Bertih Jagung
10 Tip tentang pewangi korang

Memilih pewangi bukan suatu perkara mudah dan dipandang ringan. Kebijaksanaan dan ketepatan memilih pewangi mampu memberi impak pada penampilan sesorang terutama di kalangan wanita kerana bau tubuh seseorang cukup menceritakan keperibadiannya. So perhatikanlah tip ini....

• Pakai pewangi pilihan yang bersesuaian sebelum memakai pakaian korang. Semburkan pada bahagian kulit dan bukannya pada pakaian korang.
• Uuuntuk mendapatkan haruman yang kekal berpanjangan, korang perlu memakai pelembap tubuh terlebih dahulu sebelum menyembur pewangi pilihan ke tubuh korang. Pelembap tubuh mampu ’memegang’ wangian agar bertahan lebih lama.
• Jika korang berada di baah terik matahari, elakkan memakai wangian kerana komponen tertentu yang terkandung di dalam haruman korang menyebabakan berlakunya peningkatan tahap kefotopekaan. Kesannya bau badan korang tak menyenangkan.
• Wangian mjd lbh kuat bila dlm cuaca panas. Elakkan memakai wangian yg berlebihan di musim panas. Kenakan sedikit semburan atau bertukar kepada wangian yg lbh ringan.
• Pilih 1 saja pewangai setiap hari. Jgn mncampurkan2 or 3 jenis pewngai pd tubuh korang paa masa yang sm jrn ia mbuatkan bau kurang nyaman.
• Jika jarak korang terlalu dekat dengan seseorang, pastikan pewangi yg dipakai tidak terlalu kuat baunya. Cukuplah sekadar wangian ringan yg menyenangkan, bukan mbuatkan teman korang terganggu dgn wangian yg terlalu kuat.
• Jika mahu keharuman yg sangat ringan,amalkan mandian menggunakan sabun atau buih-buih haruman pilihan korang. Korang juga boleh mengamalkan pemakaian losyen badan yg harum selepas mandi.
• Jgn pilih haruman atas cita rasa orang lain. Ini kerana keserasian individu terhadap wangian berbeza.
• Wangian mudah meresap hilang terutama ketika cuaca panas atau diletakkan berhampiran dgn haba. Oleh itu, rempatkan wangian yg jarang digunakn di kwsan redup or sejuk agar ia bertahan lm.
• Korang mungkin tak dapat hidu diri sendri sptmana orang lain menghidu bau korang. Maka dapatkan pandangan orang lain tentang haruman dan bau badan korang tentang maklumat yg lbh tepat agar korang tak tersalah memelih wangian korang.
Bertih Jagung
Ini apa yang aku perhati selama ni.... aku tengok semakin tenat dah setiap manusia di dunia ni. aku perhati manusia sekarang dah tak ada perasaan malu,berdosa,resah ayau pe sajalah kan yang sewaktu dengannya. contohnya kes yang berlaku sekarang iaitu ramai lelaki berperibadikan diri sebagai pompuan.. aku pantang nampak laki peragai atau berlagak macam pompuan ni. apasala diorang ni nak tukar identiti yang dah semula jadi tu. Yang pompuan pulak berlagak macam pompuan. kalu berpakaian saja aku tak kisah tapi dalaman tu jagan di ubah sudahla. aku syukur aku di lahir pompuan.

aku kasihan tengok mak ayah diorang terpaksa menanggung malu dengan perangai anak-anak diorang ni. Ibubapa kena tanggung n bersoal jawab di akhirat tentang kelakuan anak diorang...nauzubillah........

aku tak malu nak kawan dengan diorang. aku tahu dengan nasihat dan dorongan maybe mereka kan berubah.. mungkin ada sebab diorang bt begitu kan tapi diorang kena th.. Allah itu Maha Berkuasa,mohonla padaNYA insyaAllah segala kesalahan itu di ampunkan.

walaupun aku tak suka tengok gelagat mereka tapi mereka juga manusia kan. Aku cuma nak mereka th, segala perubahan itu akan dicatat oleh penjaga di sebelah bahu kiri kita. Apapun kita manusia x sempurna kan,so renung-kanlah........
Bertih Jagung
PILIHAN WARNA SINGKAP PERSONALITI

EMAS
::} POSITIF: Banyak ilmu dn gemarkan kejayaan. Memiliki kemampuan kuasa semula jadi yang besar, sabar, dan bijaksana serta suka menolong.
::} NEGATIF: Gemar menyendiri dan bersikap terlalu tertutup.


PUTIh
::} POSITIF: Lebih mencerminkan sifat sabar, sopan santun, rendah diri, suka menolong dan gemar berjenaka serta mudah dipujuk apabila merajuk. Juga mempunyai fikiran yang bersih iaitu tidak banyak prasangka terhadap orang lain. Perasaan hati sentiasa tenteram dan hidup bertawakal.
::} NEGATIF: Boros berbelanja.


KUNING
::} POSITIF: Berjiwa lembut atau halus dan sentiasa mendapat perhatian. Penuh kasih sayang dan berhemah serta sentiasa ceria. Positif dan sangat potimis serta memiliki senyuman yang luar biasa dan tidak suka didesak. Sangat setia kepada pasangan.
::} NEGATIF: Sikap terlalu agresif mungkin membuat orang lain menjadi takut. Anda juga cengeng (sering menangis) dan mudah menyerah kalah.



MERAH
::}POSITIF: Bersikap berani, jujur, berdisiplin dan tegas. Sangat aktif dan disenangi serta bersifat terbuka. Anda juga senang menjadi pusat perhatian orang lain kerana kadangkala anda ingin mencuba segala-galanya. Suka tersenyum dan suka memberi atau menerima kasih sayang orang lain.
::} NEGATIF: Mempunyai perasaan pendendam yang tinggi, tamak dan mudah tersinggung.


HIJAU
::} POSITIF: Rajin dan jujur bekerja di samping,tekun serta sabar melakukan sesuatu. Pencintakeharmonian dan kedamaian serta dahagakan ilmu.
::} NEGATIF: Terlalu mudah percaya dan kadangkala pendirian yang teguh membuatkan anda seakan-akan kolot,


MERAH JAMBU
::} POSITIF: Seorang yang tegas dan jujur. Anda juga suka membantu dan orang lain serta begitu teliti dalam semua perkara.
::} NEGATIF: Tidak suka dibantah dan suka mendesak bagi memenuhi kehendak.


COKLAT
::} POSITIF: Jika anda seorang wanita, anda kaya dengan sifat keibuan. Suka merendah diri dan halus budi pekerti. Anda juga gemar menambahkan ilmu di dada.
::} NEGATIF: Mudah dipujuk dan mempercayai orang. Cepat berasa was-was dan takut berbuat salah.



UNGU
::} POSITIF: Suka berjenaka dan rajin. Bersikap pemurah dan tidak suka diperintah. Mempunyai inisiatif yang keinginan yang tinggi dan meluap-luap.
::} NEGATIF: Sombong dan sedikit emosi.


HITAM
::} POSITIF: Prihatin, baik hati,prihatin dan kuat menghadapi dugaaan hidup. Tidak mudah dipengaruhi dan gemar berfikir serta setia pada pasangan.
::} NEGATIF: Suka menyendiri dan mudah tersinggung.


JINGGA
::} POSITIF: Peramah, jujur dan rajin bekerja serta bercita-cita tinggi.
::} NEGATIF: Mudah menangis dan cepat mengalah dengan tekanan.


BIRU
::} POSITIF: Ada ketenangan atau kesejukkan dalam diri anda dan juga menjadi kegemaran ramai. Cintakan kedamaian dan berharap dicintai ketika di mana-mana. Selain bertanggungjawab dan pandai menyimpan wang anda sering membuat orang lain berperasaan yang sama terhadap pandangan anda.
::} NEGATIF: Bersikap terlalu memaksa orang lain terhadap kehendak anda dan adakala bersifat angkuh.
Bertih Jagung
Bahayanya sifat gopoh

Antara kejahatan dan keburukannya.

:: Mudah mengeluarkan kata-kata atau percakapan tanpa berfikir dahulu baik burukya. Akhirnya banyak tersalah.

:: Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya: ”Barang siapa yang percaya dengan Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia berlaku baik dan diam.”

:: Dalam pergaulan dan perbincangan sifat gopoh itu mudah sahaja memotong cakap orang ramai, orang tersinggung, banyak orang benci, akhirnya berlaku perpecahan hati yang akan membawa perpecahan yang lebih besar lagi.

:: Gopoh membuat sesuatu keputusan tanpa memikirkan lebih dahulu atau tanpa berunding dengan orang-orang yang boleh dipercayai. Akhirnya keputusan itu tersalah atau tidak jitu. Akibatnya penyesalam yang tidak berkesudahan.

:: Mudah menuduh atau menghukum akibatnya selalu sahaja tersalah. Banyak orang yang terfitnah dengan kegopohan kita. Sedangkan fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Teranainyalah orang itu. Kalau mereka tidak sabar atau gopoh pula, dia akan meyerang kita. Seterusnya memusuhi kita atau mengheretkan kita ke mahkamah.

:: Daripada sifat gopoh itu mudah memukul orang, meyerang dan membunuh orang. Timbullah kerosakan dari kejahatan dalam masyarakat. Selepas itu akan berlaku dendam-mendendam.

:: Daripada sifat gopoh, kita selalu sahaja mendapat malu padahal malu itu menghilangkan maruah kita. Hilang wibawa kita. Hilang keyakinan orang.

:: Sifat gopoh mudah membawa orang cepat merajuk, mudah putus asa iaitu sifat yang sangat dilarang oleh Allah S.W.T. FirmanNYA: ” Tiada yang berputus asa daripada rahmat Allah.” ”Tiada yang berputus asa itu melainkan kaum kafir”.

:: Orang yang gopoh melainkan tidak tenang hidupnya kerana selalu sahaja tersalah, tersilap, terlajak, tersasul yang erugikan dan menyusahkan hati.

:: Dengan sifat gopoh itu bukan sahaja mendorong membuat sesuatu kerja tanpa mengkaji lebih dahulu.Bahkan mudah sahaja meninggalkan sesuatu kerja itu. Lebih-lebih lagi bila terasa kerja itu susah dan berat iaitu keja akan terbengkalai dalam kehidupan.

:: Mudah bertukar fikiran,sikap,prinsip, mudah dihasut.

:: Membuatkan seseorang itu menyesal yang berpanjangan.
Bertih Jagung



ni kubur yang dikatakan makam CIK SITI WAN KEMBANG

































NI GAMBAR RAJA KELANTAN YANG PERTAMA SEORANG WANITA

lawa la dia ni kan....
Bertih Jagung
CIK SITI WAN KEMBANG

Wanita pertama perintah sebuah negeri selama 67 tahun bermula 1610 tidak pernah berkahwin.



Apabila mendengar nama Cik Siti Wan Kembang, pasti orang akan mengaitkan nama wanita itu dengan Kelantan hingga menjadi nama timangan negeri berkenaan yang turut bergelar Serambi Makkah.

Berdasarkan catatan sejarah,nama sebenar raja keenam memerintah Kelantan daripada keturunan Iskandar Shah itu ialah Cik Wan Kembang,yang diberikan ayahandanya iaitu Sultan Ahmad.

Berdasarkan buku cerita Kelantan, karangan Datuk Perdana Menteri Paduka Raja, gelaran”Siti” diberikan seorang pedagang Arab yang membahasakan Cik Wan Kembang dengan ”Siti”.
Ketika menghadap dan berbual dengan Cik Wan Kembang, orang Arab itu membahasakan beliau dengan ”Siti” dan panggilan itu didengar bebrapa orang yang berada di balai menghadap.
Lalu seorang daripada kumpulan itu bertanya apakah erti ”Siti” sebelum dijawab pedagang Arab, yang Siti adalah gelaran bagi seorang perempuan yang menjadi tuan atau ketua orang ramai. Ada juga sumber sejarah menyatakan beliau turut digelar panggilan Paduka Cik Siti. Buku sejarah Kelantan karangan Arifin Abdul Rashid terbitan Pustaka Al-Ahliah(1962), ”Siti” bererti tuan (perempuan) yang layak digelarkan kepada perempuan yang mula-mula menjadi pemerintah sesebuah negeri.

Dalam usia empat tahun, Cik Siti Wan Kembang kehilangan kasih sayang ayah yang mangkat menyebabkan pucuk pemerintahan Kelantan diambil alih Raja Hussin. Sejarah pemerintahan Cik Siti Wan Kembang di Kelantan bermula 1610. Berdasarkan sumber sejarah tempatan, dalam usia 30 tahun, beliau dilantik sebagai pemerintah Kelantan menggantikan Sultan Hussin.
Beliau bersemayam di Gunung Dang Besar, Hulu Kelantan yang kemudian ditukar nama sebagai Gunung Chintawangsa, terletak kira-kira 40 kilometer di tenggara Kuala Krai. Nama gunung itu kekal sehingga kini.

Sepanjang pemerintahannya, ramai pedagang dari luar terutama Arab dan China datang berdagang di negerinya membuatkan nam Cik Siti Wan Kembang terkenal.
Walaupun seoarang wanita, sebagai pemerintah, Cik Siti Wan Kembang bijak mengatur langkah memastikan negeri di bawah penguasannya sentiasa berada dalam keadaan selamat. Oleh kerana bimbangkan pemerintahan di Gunung Chintawangsa akan diserang, beliau merancang pembinaan sebuah kota pentadbiran baru supaya tidak hanya bergantung kepada satu pusat pemerintahan sahaja.

Beliau membuat keputusan meninggalkan Gunung Chintawangsa. Dalam pencarian kawasan baru itu,baliau sampai ke hutan yang dipenuhi pokok tegayong. Di situ, beliau membuka Kota Tegayong.

Di kota pentadbiran baru itu, beliau membina taman bunga sebagai tempat bermain dan bersuka ria yang dinamakan Taman Serendah Sekebun Bunga Cerang Tegayong yang kini terletak di Kampung Kedai Piah, Pangkal Kalong, Ketereh.

Apabila nama Cik Siti Wan Kembang mula terkenal, rakyatnya mula mendiami Gunung Ayam(berhampiran Sungai Nenggiri kini Hulu Kelantan), membawa pelbagi persembahan untuk beliau.

Antara persembahan itu ialah seekor anak kijang cantik yang amat dikasihinya. Oleh kerana terlalu sayangkan kijang itu, Cik Siti Wan Kembang menerapkan lambing kijang pada wang emas negeri selain mengabadikan pada sebahagian lamban kebesaran Kelantan yang kekal sehingga kini.

Di sebalik kecantikkannya, Cik Siti Wan Kembang tidak bersuami walaupun raja dan anak raja yang datang meminangnya. Ramai yang ditolak oleh beliau dengan alasan tidak terlintas dihatinya untuk bersuami.

Lama-kelamaan, keadaan itu membuatkan Cik Siti Wan Kembang berasa kesunyian hidup bersendirian. Apabila melihat Puteri Saadong,(Puteri Raja Loyor) ketika menghadap Raja Loyor di Jembal, timbul hasrat mengambil puteri itu sebagai anak angkatnya.
Rundingan di antara Raja Loyor dan permaisurinya berakhir dengan kerelaan mereka menyerahkan Puteri Saadong untuk dijaga Cik Siti Wan Kembang. Puteri Saadong adalah seorang gadis ayu serta cantik dan digelar penduduk Gunung Chintawangsa sabagai Puteri Wijaya Mala. Perihal kecantikkan Puteri Saadong itu sampai kepada kepada pengatahuan maharaja Siam yang menghantar utusan meminang tetapi ditolak Cik Siti Wan Kembang.
Menyedari Raja Siam akan menimbulkan masalah berikutan penolakan lamaran itu, Cik Siti Wan Kembang mengahwinkan Puteri Saadong dengan Rja Abdullah(sepupunya) dari Jembal sebelum dimahkotakan di Kota Tegayong dan kemudian berpindah ke Kota Jelasin di Kota Mahligai.
Sejarah Cik Siti Wan Kembang berakhir apabila beliau melantik Raja Abdullah dan Puteri Saadong sebagai pemerintah Kelantan.
.
Selepas perlantikkan itu, Cik Siti Wan Kembang kembali semula ke Gunung Chintawangsa, kota pemerintahan awalnya dan selepas itu kisahnya tidak diketahui lagi. Cik Siti Wan Kembang memerintah Kelantan selama 67 tahun, antara 1610 dan 1677 dengan dua pusat pemerintahan iaitu Kota Tegayong dan Gunung Chintawangsa.

Walaupun Cik Siti Wan Kembang dikatakan bersemayam jauh di Hulu Kelantan, ada sebuah makam di perkuburan Bnggol dekat Jalan Panati Cahaya Bulan (PCB) di Kota Bharu. Makam berkenaan dikatakan cantik dibina menggunakan batu pejal serta berukir, disebut orang di situ sebagai makam Cik Siti. Namun sekarang makan itu tidak terurus bagaikan tidak ada penjaga.
Seorang penduduk di situ, ketika mereka mencari rotan di hutan, mereka terhidu bau wangi dan menemui makam diatasnyatertulis nama Cik Siti Wan Kembang. Lalu dibersihkan kawasan itu namun dinafikan itu makam Cik Siti Wan Kembang oleh pihak Prebadanan Muzium Kelantan.
Bertih Jagung
pot pot...tepi tepi..... kat akuarium di langkawi......